Assalamualaikum. . Dah lama x buka..hihuhu..nasib baik x de lelabah..kalau x mesti dah bersarang blog ni..Alhamdulillah, masih di berikan kesempatan dalam aku meneruskan kehidupan ini...Moga terus diberikan kesempatan dalam aku bertaubat.
Dalam hari yang terus berlalu,aku memgharapkan satu kekuatan.Pengharapan yang aku letakkan pada DiA Yang punya segala kekuatan.Saat datang ujian ini kaki ini seakan terpaku,fungsi otak seakan terhenti dalam aku meneruskan kehidupan ini.
Telah tiba saat aku kembali,sujud pada Illahi,kembali pada yang lebih hakiki...Walau kesedihan yang datang ia bukan selama Nya.kerna selepas kesusahan ada kesenangan.
#Sedih sebab x masuk kawad..Kerna aku dilahirkan ketinggian yang rendah..😢😢😢😢😢
Hai....dah lama dah tak bukak blog ni.sekarang dah masuk bulan 5 k.Lagi sekali Bulan 5..Banyak dah benda yang berlaku..Life cam aku ni..bile jadi student ni macam2 ragam...
Dalam sebulan lagi nak masuk pratikal.huhuhu...Tak tau boleh buat ke x..Waaa ..cam nak nangis je.. Dalam beberpa hari ni cam kacau bilau je hidup..Semua serba x kena..
Tak tau sebab ape jadi cam ni..
Mabye aku ni selalu lupa Allah tak? Tak pernah bersyukur ape yang ada..huhuhu..
Selalu kena marah..selalu kena perli..rasa sedih sangat..tapi aku x salahkan mereka2 ini..aku salahkan diri sendiri..Aku yang gagal untk uruskan hidup sendiri. .
Hmm...Kenapa la diri ni boleh jadi cam ni?? Masih ada jalan x untuk aku berubah..terus melangkah..terus buat yang terbaik..terus menjadi solehah.? Hm...
Yang aku tahu hanya mengeluh je..huhuuhu...
Maaf kawan2..saya bukan seorang yang sempurna..maaf mak abah..kak ram bukan seorang ank yang baik..maaf adik adik..kak ram bukan kakak yang solehah untuk korang semua..Maaf maaf dan maaf..
Langkah ni terasa sangat berat..langkah ni terasa sangat payah..perlu ke aku meminta pertolongan...?? Tapi siapa yang ingin menolong sepertia aku..huhuuhu..
Dah la x cantik..dah la gemuk...huhuhu..muka plak x bersih ...cakap pon kasar.. huhuhuh...
Tapi aku ada juga keinginan nak buat yang terbaik..nak bangun tahajud..buat solat dhuha. Baca quran 1 juzuk ..sehari..zikir..huhuh
..nak jadi hamba yang terbaik...walau aku bukan sapa2.
Siapa yang suka sakit?Jika dikira tiada satu manusia yang terima sakit itu.Kalau dah nama nya sakit mesti kita nak cari ubatnya kan?
Dan , kalau dah nama ubat mestilah pahit..
Saya adalah manusia yang payah untuk makan ubat.Paling susah dan paling liat untuk makan ubat. Bagilah ubat yang bagaimana bentuk pun.Memang tak kan makan.hihi..Lain la kalau ubat itu manis.Macam gula-gula selalu kita makan.Ada pelbagai perisa, warna...hahahha..Indahnya dunia ni kalau semua ubat macam yang saya angankan.
Saya cakap macam ni kerna hidup kita ni tak terlepas dah ubat.Sikit-sikit kena makan ubat. Sekejap lagi makan ubat. Ingat senang ke hidup tanpa ubat ini.Saya terpaksa menanggung penyakit saya yang sangat sakit kalau tak makan ubat. Kesian kat saya.
Kalau cakap pasal sakit ni sama juga kita yang ada Dosa..
Kita yang pendosa.
Kita yang berjiwa berdosa.
Sering memerlukan penawar dan segala macam ubat untuk kita hilangkan segala dosa kita.
Supaya dosa yang ada ini tidak menjadi barah yang semakin memberat dalam jiwa kita.
Dan penawar yang paling mujarab ialah taubat.
Tuabat yang ikhlas, bersungguh-sungguh, dengan penuh keyakinan yang mengharapkan keampunan dari tuhan Yang Maha Pengampun.
Selepas itu di ikuti dengan amalan sunat, mentaddabur al quran, sedekah dan lain- lain lagi.
Bukan senang untuk kita beroleh penawar yang benar-benar mampu merawat segala macam penyakit kita.
Oleh itu kita kena sentiasa berusaha dan usaha.Jangan terasa lemah dalam jalan yang kita lalui.Jangan takut terhadap segala macam cubaan yang mendatang..
Mungkin antara kami ada yang salah.terlafaz kata yang mungkin menyakitkan.Maafkan aku teman.Aku bukan sebaik yang seperti engkau jangkakan.Kesian engkau wahai teman.Selalu beralah demi insan yang lemah dan menjengkelkan.Aku yang sering melakukan kesalahan ikutkan hasutan syaitan untuk aku berpuas nafsu ini.
Dalam aku kelelahan engkau hanya melihat.Aku tahu,engkau memberikan aku ruang untuk aku terus bernafas.Engkau hanya melihat,tanpa menegurku walau sepatah kerna engkau menyangka aku keletihan.Aku terus biarkan dikau dengan bisumu,hingga itu menyebalkan aku..
Berkatalah wahai teman,Sesungguhnya aku kesunyian.Aku perlukan mu walau engkau kebisuan.Aku dahagakan aura suaramu dalam aku membujuk diri ini keluar dari segala permasalahan.Berikan aku sedikit cintamu wahai teman agar aku bisa menjadi insan yang mewah dalam senyuman.Sapalah aku walau hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulutmu.Aku kesedihan.Tapi engkau hanya biarkan.
Maafkan aku teman.Aku yang tidak baik untukmu.Aku yang hodoh untuk berkawan denganmu hingga engkau jijik dengan ku.Aku yang hitam hatinya hingga Dia menutup jalan untuk engkau bersama ku.Aku yang penuh kejelekan hingga engkau enggan memenadangku dengan penuh kasih sayang.Aku yang penuh sifat kemalasan hingga engkau terasa erti kepenatan.
Tapi teman.ingatlah.aku yang selalu mendoakanmu.Agar kita berkesempatan untuk berkasih sayang disini dan juga DiSana.Moga Allah memperbaikai hubungan ini agar engkau selesa.Moga allah setiasa merahmatimu dan peroleh kebahagian selalu.Moga Allah permudahkan segala urusan mu hingga engkau berjaya didunia dan akhirat.
Assalamualaikum.Alhamdulillah untuk entry kali ini ram nak buat sedikit kesimpulan tentang satu program yang ram telah ikuti.Moga apa yang saya tulis kali ini mampu menjadikan satu catatan yang berharga buat diri ini de samping meneguhkan diri untuk melakukan kebaikan kepada NYa.
21/12/13
Proram yang berlansung di tempat yang sentiasa mengharapkan RahmatNYa sentiasa melimpah ruah untuk hambaNya ini dalam mengenal makna kehidupan ini.
Dengan kehadiran penceramah yang berjiwa besar dalam menyentuh setiap hati-hati yang hadir membuatkan saya bermuhasabah di sepanjang program akan dosa yang telah saya lakukan selama saya hidup. Dengan tagline "Harapan Masih Ada" kalau saya x silap la, menjadikan saya berfikir bahawa setiap orang yang berdosa itu berPOTENSI. Bepotensi apa? Potensi untuk harapan bertaubat sekali gus mencari rahmat Allah.
Saya begitu bersemangat untuk menghadiri seminar ini kerana terkesan dengan tajuk yang di berikan. Saya selalu berfikir sebelum untuk mendaftarkan diri aku adalah orang yang berdosa,selalu buat dosa dan memang sangat-sangat berdosa.Bermakna seminar ini sangat memberi manfaat kepada saya kerana saya adalah seorang pendosa. Dengan menempuh perjalanan secara seorang diri,saya gagahi dengan bertawakal kepada Allah untuk mengadirkan diri ke seminar ini.Dengan diselubungi perasaan yang takut,saya berserah keatas penjagaan Allah semasa perjalanan.Moga Allah mengira setiap langkah yang tercipat hanyalah untukNYa.
Penyampaian yang sangat bermakna dengan kehadiran penyampai yang merendah diri untuk mengingatkan saya akan dosa-dosa yang telah saya lakukan.Slot pertama ucaptama oleh Saudara Hilal Asyraf sendiri dalam mengingatkan saya akan makna seorang pendosa. Dalam seminar ini saya sangat tersentuh akan satu ayat yang sangat besar maknaNya
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".Az Zumar :53
Moga Allah sentiasa redha kita semua,sentiasa sayang kita semua,sentiasa cinta kita semua.
Sedangkan Allah mengampunkan dosa seorang pembunuh 99 orang ,apa tahlagi kita manusia yang berdosa ini juga,...Moga Allah kuatkan kita untuk terus meminta ampun dariNYA
Bismillah,Walau telah memasuki tahun baru ini ,baru hari ini di beri kesempatan kekuatan untuk menulis.Moga Allah sentiasa Redha atas diri hamba yang lemah ini.
2013
Telah pergi meninggalkan pelbagai cerita,peristiwa yang telah terlukis dalam takdirNYA.Perjalanan yang bermula dengan pelbagai pengharapan dan sememangnya aku sandarkan kepada DIA YAng Maha Esa.Melalui berbagai lorang dan jalan terus aku tempuh biarpun aku rasakan diri ini banyak tersungkur dalam mengharunginya.Dalam aku berusaha menjadi hamba yang lebih baik,bisikan syaitan begitu kuat dam menghasut untuk aku terus terlena.Dalam aku keseorangan berjuang demi ilmuNYa,lukisan hidup ini seakan tercacat akan warna yang bersimpang.Malah segala yang berlaku ku rasakan aku gagal mengharunginya dengan saksama,kerna aku yang dulu masih sama dengan yang sekarang... :(
Walaubagaimana pun aku berharap aku berpeluang untuk terus menjalani kehidupan ini dengan lebih baik,terus kuat dalam aku beristiqamah di atas jalanNYA.Moga 2014 terus menbyinar dalam aku bertaubat meminta keampuanan NYa.Aku yang lemah akan terus berjuang demi apa jua Rahamat dan juga keredhaanNYA.
Terasa sangat comel bila kita membumikan segala tingkah laku dan akhlak kita demi PenciptaNya.
Terasa sangat cute bila diri ini meletakan kalimah Allah yang satu di tempat yang teratas dalam kehidupan ini.
Terasa sangat cantik bila kita berpegang teguh dengan sunnah yang di tunjukan oleh Baginda yang sayang akan umatNya.
Terasa sangat semangat bila kita meninggikan himmah yang ada pada para sahabat akan semangat menegakkan syiar islam.
TAPI
Bila aku keseorangan akua menjadi insan yang lemah,cacat,celah bahkan hodoh di pandangan NYA,kerna ketewasan ku ini.
Aku yang tewas pada syaitan,selalu mengikuti sifat-sifatnya
Aku yang tewas pada dunia,tertipu dengan kecantikannya,
Aku yang tewas pada nafsu,tidak mempu melengkang darinya.
Lihat dunia,
Aku hanyalah insan yang lemah,tiada daya dan upaya.Bahkan selalu kekalahan.
Beginikah takdir iradatku?
Yang selalu tewas dengan segala godaan dunia ini.
Mampukah aku terus berjuang,
Menahan segala kesakitan dari dugaan yang datang?
Mampukah aku merawat kembali tentang luka dosa yang silam,
Dalam aku menjernihkan hati untuk kembali tenang.
Demi RahmatMU ya Tuhan,
Demi SyrgaMu Ya Rahman,
Dan Demi RedhaMu,
Aku mengarapkan sedikit belas dan ehsan,
Untuk aku berada dalam bimbinganMu,
Untuk aku berada dalam hangatan pelukan cintaMu Ya Rahim,
Bantulah aku dalam berlari mengapai RedhaMu,
Bantulah aku dalam aku mengejar SyurgaMu.