Tuesday, 7 January 2014

Untuk Aku Pendosa

Assalamualaikum.Alhamdulillah untuk entry kali ini ram nak buat sedikit kesimpulan tentang satu program yang ram telah ikuti.Moga apa yang saya tulis kali ini mampu menjadikan satu catatan yang berharga buat diri ini de samping meneguhkan diri untuk melakukan kebaikan kepada NYa.

21/12/13

Proram yang berlansung di tempat yang sentiasa mengharapkan RahmatNYa sentiasa melimpah ruah untuk hambaNya ini dalam mengenal makna kehidupan ini.



Dengan kehadiran penceramah yang berjiwa besar dalam menyentuh setiap hati-hati yang hadir membuatkan saya bermuhasabah di sepanjang program akan dosa yang telah saya lakukan selama saya hidup. Dengan tagline "Harapan Masih Ada" kalau saya x silap la, menjadikan saya berfikir bahawa setiap orang yang berdosa itu berPOTENSI. Bepotensi apa? Potensi untuk harapan bertaubat sekali gus mencari rahmat Allah.
Saya begitu bersemangat untuk menghadiri seminar ini kerana terkesan dengan tajuk yang di berikan. Saya selalu berfikir sebelum untuk mendaftarkan diri aku adalah orang yang berdosa,selalu buat dosa dan memang sangat-sangat berdosa.Bermakna seminar ini sangat memberi manfaat kepada saya kerana saya adalah seorang pendosa. Dengan menempuh perjalanan secara seorang diri,saya gagahi dengan bertawakal kepada Allah untuk mengadirkan diri ke seminar ini.Dengan diselubungi perasaan yang takut,saya berserah keatas penjagaan Allah semasa perjalanan.Moga Allah mengira setiap langkah yang tercipat hanyalah untukNYa.

Penyampaian yang sangat bermakna dengan kehadiran penyampai yang merendah diri untuk mengingatkan saya akan dosa-dosa yang telah saya lakukan.Slot pertama ucaptama oleh Saudara Hilal Asyraf sendiri dalam mengingatkan saya akan makna seorang pendosa. Dalam seminar ini saya sangat tersentuh akan satu ayat yang sangat besar maknaNya 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".Az Zumar :53


Moga Allah sentiasa redha kita semua,sentiasa sayang kita semua,sentiasa cinta kita semua.

Sedangkan Allah mengampunkan dosa seorang pembunuh 99 orang ,apa tahlagi kita manusia yang berdosa ini juga,...Moga Allah kuatkan kita untuk terus meminta ampun dariNYA

PERGI MENINGGALKANnya


Bismillah,Walau telah memasuki tahun baru ini ,baru hari ini di beri kesempatan kekuatan untuk menulis.Moga Allah sentiasa Redha atas diri hamba yang lemah ini.

2013

 Telah pergi meninggalkan pelbagai cerita,peristiwa yang telah terlukis dalam takdirNYA.Perjalanan yang bermula dengan pelbagai pengharapan dan sememangnya aku sandarkan kepada DIA YAng Maha Esa.Melalui berbagai lorang dan jalan terus aku tempuh biarpun aku rasakan diri ini banyak tersungkur dalam mengharunginya.Dalam aku berusaha menjadi hamba yang lebih baik,bisikan syaitan begitu kuat dam menghasut untuk aku terus terlena.Dalam aku keseorangan berjuang demi ilmuNYa,lukisan hidup ini seakan tercacat akan warna yang bersimpang.Malah segala yang berlaku ku rasakan aku gagal mengharunginya dengan saksama,kerna aku yang dulu masih sama dengan yang sekarang... :(

Walaubagaimana pun aku berharap aku berpeluang untuk terus menjalani kehidupan ini dengan lebih baik,terus kuat dalam aku beristiqamah di atas jalanNYA.Moga 2014 terus menbyinar dalam aku bertaubat meminta keampuanan NYa.Aku yang lemah akan terus berjuang demi apa jua Rahamat dan juga keredhaanNYA.