Tuesday, 15 April 2014

Sakit Itu Mengajar kita.

Sakit...

Siapa yang suka sakit?Jika dikira tiada satu manusia yang terima sakit itu.Kalau dah nama nya sakit mesti kita nak cari ubatnya kan?
Dan , kalau dah nama ubat mestilah pahit..
Saya adalah manusia yang payah untuk makan ubat.Paling susah dan paling liat untuk makan ubat. Bagilah ubat yang bagaimana bentuk pun.Memang tak kan makan.hihi..Lain la kalau ubat itu manis.Macam gula-gula selalu kita makan.Ada pelbagai perisa, warna...hahahha..Indahnya dunia ni kalau semua ubat macam yang saya angankan.

Saya cakap macam ni kerna hidup kita ni tak terlepas dah ubat.Sikit-sikit kena makan ubat. Sekejap lagi makan ubat. Ingat senang ke hidup tanpa ubat ini.Saya terpaksa menanggung penyakit saya yang sangat sakit kalau tak makan ubat. Kesian kat saya.

Kalau cakap pasal sakit ni sama juga kita yang ada Dosa..

Kita yang pendosa.
Kita yang berjiwa berdosa.
Sering memerlukan penawar dan segala macam ubat untuk kita hilangkan segala dosa kita.
Supaya dosa yang ada ini tidak menjadi barah yang semakin memberat dalam jiwa kita.
Dan penawar yang paling mujarab ialah taubat.
Tuabat yang ikhlas, bersungguh-sungguh, dengan penuh keyakinan yang mengharapkan keampunan dari tuhan Yang Maha Pengampun.
Selepas itu di ikuti dengan amalan sunat, mentaddabur al quran, sedekah dan lain- lain lagi.

Bukan senang untuk kita beroleh penawar yang benar-benar mampu merawat segala macam penyakit kita.

Oleh itu kita kena sentiasa berusaha dan usaha.Jangan terasa lemah dalam jalan yang kita lalui.Jangan takut terhadap segala macam cubaan yang mendatang..