Thursday, 31 October 2013

Hilang,Senyap.

Assalamualaikum...Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Kali ni saya tulis blog ni dalam bas.Dalam perjalanan nak balik ke rumah untuk majlis kahwin Kham..Bukan senang saye naik ambik cuti ini.Banyak urusan yang kena selasaikan.Moga Allah merahmati langkah ini.Ameen..
Sebenarnya rasa sedih..Tak tahu kenape..Banyak sangat fikir..Sedih sebab my kembar nak kawin.Dia akan ikut suami,dan kitaorang akan jarang jumpa.Sedih nak lepaskan dia kat orng lain..Nanti sye x de dah oeang yang nak buat gaduh2..hhihi.nak ajak sembang malam2..orang untk luah perasaan..macam2 lagi la..hihii..nnt tinggal sye ngan ijah n nabila je...korum kita orang dah x cukup la lepas ni.dah kena ambik ngan orang lain..balik kampung  nnt de la orng nak ambik sit depan dah..hahahahha..tuan dia dah jumpa sit lain..hiihi..
Hmmm..x pe la..sye masih ada ijah n nabila..am mmg ada lgi..tp x leh kacau dah nnt..hihjhji..dia busy je ngan dia punya hubby..hihi..x pe la..mungkin sekarang sye x boleh terima lagi..nnt lama2 dah biasa kot..beberepa bulan seblum ni sye selalu tanya dia.`betol ke am nak kawin dah ni?kak ram cam x caya je.`hihhj,..soalan ni selalu sye tanya..sampai am naik marah..haahahahah..tp sebenarnya sye sedih masa tanya soalan ni..huhuhu..nnt dia hilang dari pandangan mata sye..huhu..
Lepas ni kami dah x boleh macam dulu lagi..huhuhu.semuanya akan berubah.Kami akan jarang jumpa.mabye lepas ni setahun sekali..Waa.sdihnya kalo fikr...huhuhu..
Tak pe la..kak ram akan belajar terima yang adik kak ram semakin membesar.Makin matang dalam menjalani kehidupan ini.Kak ram doakan semoga am sentiasa dalam rahmatNYa,sentiasa tabah menmpuh alam baru.Kak ram doakan Agar kalian sentiasa dirahmati selalu,agar am sntiasa jadi anak yang solehah untuk mak n abah n mertua am,isteri yang solehah untuk your hubby,dan yang paling penting hamba yang solehah lagi musleh untuk Pencipta kita..Doa kak ram terus akan meniti dibibir ini untuk adik kak ram yang come ni..Doakan untuk kak ram juga ye!!!!!

Dalam kata ini aku terkelu,
Jadi bisu dalam aku mengungkap kata,Bahawasanya:
Aku amat mencintaimu wahai adikku.
Aku mencintaimu hanya keranaNYA,
Lidah ini terus kelu,
Tapi dengan ZatNya aku hanya mampu mengungkapkam dalam hati yang dalam,
Moga rasa cinta ini bisa menjadi syafaat untuk kita tatkala neracaNya sedang menghintung.
Hanya untuk dua pemuda yang saling berkasih sayang  keranaNYA..

Saturday, 19 October 2013

HUJAN


Assalamualaikum...Kawan-kawan yang berkunjung dalam blog ini..Semua sihat ke?Hujan tak hari ini?Haa....kat tempaat saya hari ini hujan.Alhamdulillah...Tuhan turunkan Rahmat dia hari ini.Rasa bahagia sangat.hihihi...Sebab hari ini ram bersatu dengan hujan..Mandi hujan la....hihhihihi....Rasa nikmat sangat  bila kena hujan..bahagia,nnt nak tidur malam ram masih boleh tersenyum sebab mandi hujan..pelik tak??hihihihihii....
Korang pun boleh cuba kalau nak rasa bahagia cam ram..Jawab nya mandi hujan..hahahhaha...Tapi kalo badan kawan-kawan tak kuat,antibodi tak kuat nak lawan demam bila kena hujan,jangan main hujan tau..Nanti sakit kawan-kawan yang susah...

Indah bersama hujan.

 



Nampak tak gambar kat atas tue..hihihi..Cam tue lah ram rasa bahagia bila bersama hujan.Rasa macam nak terbang pun ada.Bebas tanpa gangguan panas cahaya matahari.(hihi..time hujan memang tak de matahari lah). Menari bebas bersama langkah yang tercipta tanpa ganguan.

Tadi lama juga la bersama hujan.Ram menikmati hujan bersama istiqfar, berharap dosa-dosa kita di ampunkan oleh tuhan. Time hujan, rahmat tuhan turun.So kita kena la doa banyak-banyak.Insya Allah time tue doa kita dimakbulkan. Tapi bagi ram, tidak ada yang lebih penting melainkan kita mengharapkan keampuanan dan rahmat dari Allah.

Ini ram ambik dari blog seorang teman dalam dunia blog ni..hihihi..Bukan kawan pun..ram tak kenal dia pun..Doa ketika hujan  
Apabila Allah memberi nikmat berupa hujan, dianjurkan bagi seorang muslim dalam rangka bersyukur kepada-Nya untuk membaca do’a, “Allahumma shoyyiban naafi’aa (Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat)”. Itulah yang Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ucapkan ketika melihat turunnya hujan. Hal ini berdasarkan hadits dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radiyallahu ’anha, ”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban naafi’an (Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat)”. (HR. Bukhori : 1032 maktabah syamilah).

Cantik kan Rahmat tuhan.DIA sediakan beribu anugerah buat hambanya.Dalam kita keluh kesah kerana hujan turun,kita kena ingat disitu ada manfaatnya.So,kawan-kawan mesti say Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah  ..hihhhihi... 
Bagi mak-mak pula,jangan marah tau kalau anak-anak main hujan.Biarkan mereka merasa bahagia bersama hujan.Pastu terangkan dekat mereka tentang rahmat yang ada di sebalik hujan ini.Kalau tak bagi main hujan pun,janganlah marah mereka.Kesian kat diorang.Pada kawan-kawan yang suka main hujan tapi mak larang, jangan main tau..kalau teringin sangat ,mandi hujan sorok-sorok.hihihii..nanti kalau demam jangan ngadu kat emak ye,saje je nanti kena marah.hihihi...
Dah lah,banyak mengarut je ni.hihihi.Post kali ini adalah untuk berkongsi rasa bahagia ram bila bersama hujan yang penuh rahmat ini.hihi..Tak tahu kenape bila hujan ram rasa nak tersenyum je memanjang.hahahhhahha..Kadang sanggup pergi kelas tak bawa payung,sedangkan ram ada tiga payung dalam simpanan.hihi..nak tahu kenape tak bawa?Sebab ram rasa bebas,bahagia,tenang bila kena hujan.Orang lain sibuk lari cari tempat berteduh,kita pulak berjalan sambil tersenyum bahagia..hahahahhaha..Sampai orang pandang pelik.Tapi ram buat tak tahu je.Bahagia punya pasal tau.Ni tengah menaip pun masih tersenyum sebab rasa bahagia bila bersama hujan.hihi...Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah YA Allah.Terima kasih atas ketenangan yang Engkau turunkan untuk hambaMu ini..
Ok lah kawan-kawan,Mari kita sama-sama doa moga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan dan setiasa merahmati kita semua di mana kita berada.
Assalamualaikum.. 
  


Thursday, 17 October 2013

Sekali lagi

Dalam mencari kekuatan diri,aku cuba belari,mengejar pelangi supaya dapat aku gapai keindahannya,walau kita tahu pelangi wujud selepas hujan yang menimpa.

Hari ini aku kembali bangun,mencari diri yang tidak aku temui.Bangun untuk aku melihat kawan-kawan seperjuangan.Bangun melihat tawa dan tangis mereka.Alhamdulillah DIA masih memberi peluang ini.
Dalam aku sedar mungik tidak ramai yang ada peluang sebegini..Kerna setiap kehidupan itu pasti ada kematian yang menanti.Setiap yang bermula pasti ada akhirnya.

Kehidupan yang Allah kurniakan ini adalah satu medan yang perlu kita perjuangkan.Sedar atau tidak mungkin kita terlupa akan kehidupan ini sehingga ada manusia yang bersambil lewa dalam perjuangannya.Termasuk diri ini.Selalu sangat yang leka dengan keindahan palsu dunia.Selalu asa dalam satu perlumbaan .Selalu tidak bersungguh mencipta kejayaan.

Sedarlah wahai hati,engkau adalah sebahagian dari makhluk yang diciptakan untuk berjuang dlam menjadi hambaNYA.Yang berjuang membuat ape yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang..Baru itu sahaja.Buat ape yang disuruh dan tinggal apa yang di larang.Tapi,engkau hanyalah menyia-nyiakan peluang yang telah diberi.Berseronok mengejar kesenangan dunia tanpa fikir untuk akhirat.

Kehidupan ini tidak lama.Sekejap sahaja pinjaman yang indah ini diberikan.Tiada yang akan kekal...

Moga Allah sentiasa mengampuni dan merahmari kita semua.Ameen...