Thursday, 17 October 2013

Sekali lagi

Dalam mencari kekuatan diri,aku cuba belari,mengejar pelangi supaya dapat aku gapai keindahannya,walau kita tahu pelangi wujud selepas hujan yang menimpa.

Hari ini aku kembali bangun,mencari diri yang tidak aku temui.Bangun untuk aku melihat kawan-kawan seperjuangan.Bangun melihat tawa dan tangis mereka.Alhamdulillah DIA masih memberi peluang ini.
Dalam aku sedar mungik tidak ramai yang ada peluang sebegini..Kerna setiap kehidupan itu pasti ada kematian yang menanti.Setiap yang bermula pasti ada akhirnya.

Kehidupan yang Allah kurniakan ini adalah satu medan yang perlu kita perjuangkan.Sedar atau tidak mungkin kita terlupa akan kehidupan ini sehingga ada manusia yang bersambil lewa dalam perjuangannya.Termasuk diri ini.Selalu sangat yang leka dengan keindahan palsu dunia.Selalu asa dalam satu perlumbaan .Selalu tidak bersungguh mencipta kejayaan.

Sedarlah wahai hati,engkau adalah sebahagian dari makhluk yang diciptakan untuk berjuang dlam menjadi hambaNYA.Yang berjuang membuat ape yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang..Baru itu sahaja.Buat ape yang disuruh dan tinggal apa yang di larang.Tapi,engkau hanyalah menyia-nyiakan peluang yang telah diberi.Berseronok mengejar kesenangan dunia tanpa fikir untuk akhirat.

Kehidupan ini tidak lama.Sekejap sahaja pinjaman yang indah ini diberikan.Tiada yang akan kekal...

Moga Allah sentiasa mengampuni dan merahmari kita semua.Ameen...

No comments:

Post a Comment