Assalamualaikum.
Alhamdulillah,Allah masih memberi ruang lain untuk aku terus belajar dalam menaip tiap bait-bait yang tercetus.Segala puji kepada Allah dan aku kembalikan segalanya kepadaNYA.Kerna DIA lah yang berhak keatas diri ini.
Untuk entry kali ini,Ram ingin mecetuskan rasa yang hadir dalam diri ini.Beberape pekara yang berlaku dalam hidup ini sering menjadikan Ram kadang kala tersungkur.Jatuh,berputus asa dan sebagainya. Setiap yang berlaku dalam hidup ini kadang kala Ram akui menjadikan Ram seorang yang berkeluh kesah,yang sentiasa tidak bersyukur terhadap ape yang telah di kurniakan oleh Allah.
Tepat pada 10.30 malam pada 1 November yang lalu telah berlaku tarikh keramat.Sejarah besar dalam keluarga Ram yang mana Kembar Ram telah sah bergelar isteri orang.Dalam masa umur 22 tahun,sebaya dengan ram dia telah melangkah ke alam lain yang lebih besar tanggungjawabnya.Terasa berat untuk Ram lepaskan dia pergi.Terasa kehilangannya bila mengenangkan dia yang akan tiada seperti selalu.
Sungguh memang berat untuk Ram terima bahawasanya dalam hidup dia kini telah ada insan lain yang menyayangi dia.Kami selalu bersama.Rapat.Kalau kembar sorang lagi tiada,kami akan selalu gaduh,bergurau bersama. Ram akan suruh dia buat kerja banyak-banyak sampai dia akn keluarkan muncung itik dia.hihihi.Sampai dia mengeluh tak nak dah buat kerja.hihihi..Kami yang selalu berebut tempat tidur yang paling hujung yang berhampiran dengan kipas.Dan selalunya dia yang akan dapat.hihihi...Sayu je bila teringat balik apa yang telah kami lakukan bersama-sama.
Kham ni seorang yang manja,tapi lebih matang dari Ram.hihihi..Dia yang selalu nasihat Ram saat Ramberada dalam kesedihan,kekeliruan.Dia yang akan Ram cari untuk minta pendapat dan nasihat.Dia yang selalu tegur diri ini saat diri ini lupa dalam apa yang Ram buat.Dia yang selalu ada saat Ram berputus asa dengan pandangan manusia supaya yakin dengan pandanganNYa.Tapi semua itu hanya kenangan lepas yang hanya boleh Ram ingat. :(
Masa ini Kham dah selamat bergelar isteri.huhuhuhu..Waaaaaa...Memang nak nangis masa ni.Tapi tahan je.Saat lafaz ijab dan kabul di lazafkan terasa sebak pulak Kham dah jadi milik mutlak orang lain.Tapi tak nak lah tunjuk.huhuhu.Kami yang membesar bersama selama 22 tahun ini dengan tiba-tiba dia menjadi milik orang lain.Moga Allah kuatkan semangat ini untuk menerima setiap perubahan yang berlaku.Kami sebenarnya ada 4 orang adik beradik perempuan.Yang saling sayang menyayangi antara sama lain.Yang selalu bergaduh antara satu sama lain.hihihi..Tapi kami salang menjaga antara satu sama lain.Dan kami mencintai antara satu sama lain kerana Allah.
Ram doakan adik-adik Ram bahagia di dunia dan akhirat.Berjaya dunia dan akhirat.Sihat selalu.Dipermudahkan segala urusan olehNya.Dan diampunkan segala dosa-dosa olehNya.Buat Kham,Kak Ram doakan moga terus kuat dalam membina rumahtangga yang rahmah,mawaddah dan sakinah.MOga terus kuat semmangat dik!Moga terus tabah dalam menjalani kehidupan baru ini.Moga terus tersenyum dalam Ujian yang Allah berikan.
Nabila yang selalu ceria dan yang palin rajin antara kami.Kham yang selalu rasa comel yang penuh bicara hikmah dalam menegur kami.Ijah yang kuat semangat dalam mempertahankan kami.Terima kasih Allah kerna Anugerahkan adik-adik yang mampu melengkami hidup ini. terima kasih terima kakakmu yang selalu marah-marah.yang kadang malas yang tahap gaban.yang manja berlebihan.Kak ram sentiasa doa moga Allah kekalkan kita dalam mencintai keranaNYa walau ape badai yang datang.Moga Adinda-adinda semua terus bertabah dalam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment